Tuesday, February 23, 2016

Tugasan Amali 3

Assalamualaikum.

Dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk di berikan nyawa. Sungguh tiada perkataan lain yang mampu saya ungkap melainkan, "saya sungguh gembira. . . " 9 bulan lagi saya akan dapat melihat dunia. Oh, dari kata-kata yang kedengaran, dunia itu indah, dunia itu cantik, dunia itu sungguh meriah dengan sorak-sorak manusia. Sungguh 9 bulan amat lah lama bagi saya. Tapi takpe la penantian yang panjang bakal memberi kan saya satu kenikmatan kelak. Saya percaya itu. Hari ni saya rasa ibu baru perasan saya telah wujud dalam peutnya. Saya dengar doktor bagi tahu ibu tadi. Semalam ibu sakit perut. Ingin sekali saya jeritkan pada ibu, "maaf ibu, sebab saya ibu terpaksa sakit perut segala. . . " tapi apa kan daya mulut saya belum terbentuk sempurna. Tapi kan saya sungguh pelik. Kenapa bila ibu keluar dari bilik doktor wajah ibu murung? Tadi saya lihat ada ibu lain yang masuk, saya lihat dia tersenyum gembira bila tau dia punya bayi dalam perut. Oh saya faham, mungkin ibu masih sakit perut agaknya. . . Malam nih ibu tidur lewat. Ibu tunggu ayah barangkali. Mesti ibu nak bagi tau ayah pasal saya kan? Sebab ibu duduk di taman permainan berhampiran rumah kita di waktu malam. Ibu. . . saya sejuklah. Tapi saya tau sebentar lagi saya bakal di cium oleh ayah. Takpe, saya rela bersejuk. Sampai 2pagi baru ayah datang. Dah banyak kali ibu kena ngorat dengan mat-mat rempit. Kelakar lah dorang ni, ibu saya dah kawin la, dah ada saya dah dalam perut, mana boleh ngorat. Tapi saya paham, ibu saya kan cantik, macam saya jugak lah. Bila ayah sampai, muka ibu cuak-cuak, tapi saya tau ibu saja berlakon muka cuak, ibu kan nak buat suprise. Romantiknya ibu ayah saya! Mesti saya akan di sayangi bila keluar nanti. Tapi tadi saya terberangan, saya tak dengar apa ibu dengan ayah sembang. Cuma tiba-tiba saya rasa ayah tepuk perut ibu. Bergegar saya dalam perut ibu. Apa ni ayah, saya sakit lah. Belai lah saya, saya teringin di cium oleh ayah. saya dengar ibu dan ayah bercakap kuat. Tapi laju sangat butir bicara nya, macam mana saya nak paham. . .

Tiba-tiba saya rasa ibu jatuh terbaring. Ayah tolak. Aik takkan dorang nak beromantik kat sini kot? Ganasnya ibu ayah saya. Tiba-tiba ayah pijak perot ibu. Adoi sakitnya saya! Ayah pijak kuat, ayah tendang-tendang, saya dengar ibu menangis dan cakap, "baby, sayang bayi nih abang, jangan buat macam nih. Jom lah kita kawin. . . " ayah tendang dan teros tendang, sampai saya rasa dunia saya gelap. Ye la saya pening di sepak terajang. Tapi kenapa ayah buat saya macam nih? Kenapa ibu dengan ayah belom kawin lagi? Kenapa???

Lepas dari hari tu saya tak penah jumpa ayah lagi. Ibu pulak dah tak duduk dengan atok dan nenek. Ibu duduk dengan kawan dia. Aunty Mira kot nama dia. Saya tak suka lah aunty tu, hari-hari suruh ibu minum air nenas. Saya sakit tau bila ibu minum air nenas? Tapi. . . ibu sayang saya. Jarang sangat lah ibu minum selalu dia buang dalam sinki bila aunty tu dah pergi kerja. Tapi saya pelik lah, ibu hari-hari menangis. Pegang fon, tekan-tekan, sms kot, then menangis. Saya tak pahamlah kenapa. Kenapa ye korang? Makin lama, saya makin besar. Ibu dah tak penah keluar rumah. Ye la saya kan berat, kesian ibu angkat saya berat-berat. Jadi ibu hanya duduk dalam rumah, masak sikit-sikit, tengok tv, menangis dan tidur. Saya pelik lah dengan ibu tak penah berenti menangis. Mungkin saya berat sangat kot, maaf ibu! Nanti saya dah besar saya jaga ibu balik, saya janji ibu. . . Oh saya terlupa nak cerita, hari tuh ayah saya datang. Dia tengok ibu. Dia cakap nanti dah bersalin bagi tau dia. Ohh rupanya ayah sayang saya, tapi mesti ayah kerja jauh. Mungkin hari tuh ayah penat lalu tersepak ibu. Sukanya saya. Saya ingat ayah benci saya tadi. Ayah ni pandai bergurau lah. Tapi ayah tak duduk lama pun. Ayah cuma masuk, minum air oren ibu bagi, dan pergi. Ayah tak pegang pon saya. Mungkin ayah nak pegang saya secara life kot. Tak seronok lah pegang beralas perot. Hehehe. Dan akhirnya, satu hari tuh saya dah tak sabar sangat. Saya rasa saya dah cukup lama duduk dalam perut ibu. Saya rasa saya nak keluar. Saya dah hint ibu banyak kali dah. Saya tolak-tolak ibu, tapi kenapa ibu masih baring atas katil? Kenapa ibu tak pergi hospital pon? Ibu, saya nk keluar ni. . . Ibu mengerang dan meneran kuat. Saya nampak aunty Mira duduk tepi katil dan biar ibu terus meneran dan keluarkan saya. Aunty Mira kol ayah kot, sebab saya dengar, "lekas lah datang, awek kau dah bersalin ni. . . " dan perlahan-lahan saya pon terkeluar. Kesian ibu, banyak nya darah keluar, mesti ibu sakitkan? Maaf ibu terlahir saja saya, saya dah banyak susah kan ibu. Saya janji ibu lepas nih saya akan jadi anak yang baik. Itu janji saya pada ibu dan ayah.

Aunty Mira letakkan saya dalam kain batik. Ape la aunty ni mandi kan la saya. Tak seronok lah ada darah-darah nih. Karang ayah nak datang, nak pelok, nak cium saya. Ibu dah la tengah terbaring sakit. Wah indah nya dunia. Ada kipas, ada lampu, ada langsir bunga-bunga. Akhirnya saya terkeluar juga. nanti saya dah pandai jalan saya nak terokai dunia, saya nak tengok puas-puas.


Tiba-tiba ayah datang. Ibu cakap, "abang, itu anak kita abang..." ibu tersenyum dalam sakit. Ayah angkat saya laju-laju . Rakusnya ayah ni, tau lah tak penah jumpa saya. Hehehe. Ayah bawak saya keluar rumah. Ayah bawak saya naik motor, letak saya dalam raga, lajunya ayah bawak. Ayah, saya sejukla, pakaikan la saya baju. Dan dalam pekat malam, saya nampak lampu-lampu dunia, saya nampak kereta, motor. Tapi ruang yang terbuka cuma kecil. Ayah tutup saya dengan beg kerjanya. Sayang jugak ayah pada saya, mungkin takot saya kesejukan. Saya kira ayah rushing-rushing ni mesti nak bawak saya jumpa atok. Tak sabarnya di peluk, di cium. . . Dan ayah berenti di satu rumah flat. Mungkin nenek dan atok saya duduk sini. Ayah bawak saya naik atas, guna tangga. Kenapa tak guna lif ayah? Saya kan berat kesian ayah. Nanti saya balas jasa ayah ye. Sampai tingkat atas sekali, ayah berdiri tepi tangga. Sunyi tempat tu. Mungkin ayah nak azan kan saya, romantik lah azan pon tempat sunyi. Ayah ni kan. . . Ayah balut saya betol-betol guna kain batik aunty mira tadi. Ayah ikat semua sekali. Sampai saya tak punya ruang bernafas.

AYAH, BERI SAYA RUANG UDARA, NANTI SAYA MATI LAH AYAH.
SAYA BELUM BALAS JASA IBU DAN AYAH LAGI.
SAYA BELUM UCAP TERIMA KASIH PADA IBU LAGI.
SAYA BELUM JUMPA ATOK NENEK SAYA LAGI.
SAYA BELUM PUAS LIHAT DUNIA LAGI.
Ayah . . .


Dan saya rasa saya tercampak jauh. . . Berlegar-legar sebentar sebelum terus jatuh mencium tanah. Sempat saya lihat kereta, anjing, tong sampah, motor, lampu oren, pokok. dan sampai ke tanah. Mungkin saya di takdirkan untuk hidup hanya setakat ini. Tepat jam 3 pagi saya menghembuskan nafas terakhir saya, di tepi tong sampah, dihurung anjing. Kepala saya pecah, badan saya juga hampir lunyai.


OH AYAH KU. . .

APA SALAH SAYA?
KENAPA INI NASIB SAYA?
AYAH TAU BUKAN BERTAPA TERINGIN SAYA HIDUP
MELIHAT DUNIA? BERTAPA INGIN SAYA HIDUP MEMBALAS JASA?
BERTAPA TERINGIN SAYA BERLARI KE PELOSOK DUNIA?
BERTAPA TERINGIN SAYA PANDANG WAJAH IBU, AYAH,
DAN RAKAN-RAKAN SAMBIL HIDUP BAHAGIA?
AYAH. . . SUNGGUH KALAU SAYA TAHU INI NASIB SAYA,
SEDARI DALAM PEROT SAYA TELAN RACUN! SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAK MATI DI SISI ANJING.
SAYA TAK SAKIT DI BALING SEPERTI SAMPAH.
SAYA TAK JIJIK DAN HINA SEPRTI SAYA KETIKA INI.
MUNGKIN, TANGGAPAN SAYA TERHADAP DUNIA SALAH SAMA SEKALI.
JIKA DI BERI RUANG UNTUK HIDUP SEKALI LAGI, TIDAK MUNGKIN SAYA KEMBALI.
AYAH. . . IBU. . . SEMOGA KALIAN INSAFLAH DIDUNIA SANA.
KITA KINI DI DUNIA BERBEZA.

 


Tugasan Amali 2

HOBI

Salah satu hobi saya ialah membaca. Tak kisah la baca novel, buku tarbiah, dan bahan bacaan lain. Antara buku kegemaran ialah Diagnosis dan Diagnosis2.
















Doktor Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal



Baca buku-buku ni memang menginspirasikan. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bertemu dengan doktor-doktor ni. Cuma dua orang doktor yang tak dapat datang iaitu Dr Anwar Fazal dan isterinya, Dr Fatin Liyana. Tapi kedatangan doktor-doktor lain dah cukup menggembirakan.

Tugasan Amali 1

Assalamualaikum.


Dalam perjalanan Rasulullah ke Masjidil Al-Aqsa, Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi. Antara pelajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu ialah mengenai wanita. Rasulullah s.a.w melewati satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi. Baginda bertanya kepada Jibril, daerah apakah yang sedang mereka lewati. Jibril menjawab: ''Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.'' Kita semua, sedia maklum bahawa Firaun mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata agar menyembah dan memperhambakan diri padanya. Barang siapa yang engkar dengan suruhannya akan diseksa atau dihukum bunuh. Begitulah kejamnya Firaun.

Walaupun hukuman diugut dengan hukuman bunuh, terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah. Diantaranya ialah Siti Asiah, isteri Firaun sendiri dan keluarga Masyitah.

Masyitah adalah pelayan raja yang paling lebih terkenal sebagai tukang sikat keluarga Firaun. Mereka terpaksa menyembunyikan keislaman mereka agar dengan itu mereka tidak diganggu oleh Firaun dan orang-orangnya.

Walau bagaimanapun suatu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan tanpa disengajakan dia melatah dan menyebut, “Allah!”

Puteri tersebut bertanya siapakah `Allah` itu. Pada mulanya Masyitah enggan menjawab pertanyaan itu. Namun puteri itu terus mendesak Masyitah agar menjawab pertanyaannya. Akhirnya dengan tenang Masyitah berkata, “Allah Tuhanku dan Tuhan sekalian alam .”

Puteri tersebut dengan serta-merta mengadu kepada Firaun tentang Masyitah. Firaun terperanjat apabila mendengar Masyitah menyembah selain dari dirinya. Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintah menterinya bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan keluarganya yang telah menyembah Allah.

Jasa Masyitah yang begitu banyak terhadap keluarga Firaun langsung tidak dikenang oleh Firaun. Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana. Tanpa usul periksa Firaun menjatuhkan hukuman berat kepada Masyitah dan keluarganya.

Begitulah zalim dan kejamnya Firaun yang tidak berhati perut langsung. Beginilah sikap manusia yang punya kuasa dan kedudukan, yang lupa bahawa dia juga hamba kepada Tuhan yang menciptakannya. Manusia yang lemah terus diseksa sesuka hatinya.

Di pihak Masyitah pula, dia sedar bahwa inilah masanya Tuhan hendak menguji keimanannya. Meskipun lemah fizikalnya namun Masyitah memiliki kekuatan jiwa yang sukar ditandingi oleh wanita lain. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia kufur, sombong dan bongkak itu terhadapnya.

Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya menyediakan kawah yang besar. Hamman ingin merebus Masyitah serta keluarganya yang terdiri dari suami dan empat orang anak termasuk seorang bayi yang masih kecil.

Masyitah dan keluarganya melihat air di dalam kawah yang dimasak sehingga mendidih namun itu sedikitpun tidak menggugat keyakinan mereka kepada Allah. Sebelum ditolak ke dalam kawah tersebut, Masyitah sekeluarga telah ditanya oleh Hamman samada mahu selamat dengan menyembah Firaun kembali atau masuk ke dalam kawah dengan beriman kepada Allah. Dengan tegas mereka berkata, “Kami akan terus beriman kepada Allah sekalipun terpaksa terjun ke dalam kawah yang menggelegak ini.”

Maka Hamman pun memaksa satu-persatu keluarga Masyitah terjun ke kawah tersebut dengan sombong dan ketawa terbahak-bahak sambil menyindir dan menghina mereka. Suami Masyitah dicampak dahulu dan diikuti dengan anak-anaknya. Masyitah melihat sendiri bagaimana suami dan anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang menggelegak itu. Akhirnya tinggal Masyitah bersama bayi yang sedang dikendongnya.

Di waktu itulah syaitan membisik ke telinganya, tidakkah dia rasa kasihan dan simpati pada bayinya yang masih merah dan tidak tahu apa-apa itu. Masyitah mula merasa ragu-ragu sama ada hendak membiarkan dirinya dicampak ke dalam kawah itu atau tidak. Ketika itu, dengan kuasa dan kehendak Allah, tiba-tiba anak yang masih kecil itu berkata-kata kepada Masyitah, ibunya, “Wahai ibu marilah kita menyusuli ayah. Sesungguhnya syurga sedang menanti kita.”

Bila mendengar kata-kata itu, Masyitah dengan rasa kehambaan kepada Allah mencampakkan diri dan anaknya ke dalam kawah yang sedang menggelegak itu. Kawah itu dikacau oleh pengawal dengan menggunakan penyudip besi. Mereka dikacau seperti ikan yang direbus. Maka matilah Masyitah bersama keluarganya demi mempertahankan aqidah dan keimanan mereka.

Walaupun di dunia ini menerima seksa dan sengsara tetapi di akhirat nanti, Allah telah menjamin syurga untuknya. Masyitah rela direbus hidup-hidup di dalam air menggelegak panas sehingga menyebabkan hancur dan masak kulit, isi dan seluruh badannya demi mempertahankan keyakinannya kepada Allah. Dia menerima segalanya dengan penuh keimanan, sabar dan redha kerana dia yakin Allah tidak akan mensia-siakan keyakinan itu.

Begitulah hebatnya keyakinan Masyitah dan keluarganya kepada Allah. Keimanannya sungguh mendalam sehingga dia tidak takut dengan ancaman Firaun. Sememangnya Allah telah menjanjikan nikmat syurga yang kekal abadi untuk Masyitah dan keluarganya.



Assalamualaikum.